VTEM Banners

Analisis Data Menggunakan Borang Soal Selidik + CD

RM 40.50
RM 45.00
(Discount: -10.00%)
product in stock ISBN: 978-967-461-122-4
Back to: References Thesis/PHD

 
Buku Analisis Data Menggunakan Borang Soal Selidik ini mengetengahkan kepelbagaian kaedah analisis data yang boleh dilaksanakan terhadap hasil data yang dikumpulkan daripada borang soal selidik. Contoh kes yang digunakan dalam buku ini adalah kajian hubung kait antara faktor pengetahuan, sikap dan amalan ibu bapa serta status pemakanan kanak-kanak dengan status karies gigi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Bachok, Kelantan.

 

Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi analisis statistik secara asas dan juga analisis statistik secara lanjutan yang mampu membantu para penyelidik dan pelajar mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Pengaplikasian teknologi terkini dalam kaedah menganalisis data, iaitu perisian SPSS memudahkan para penyelidik dan pelajar melaksanakan penyelidikan serta membantu meningkatkan tahap kebolehpercayaan dapatan sesuatu kajian. Secara jelas, buku ini membantu para penyelidik dan pelajar menjalankan analisis data secara sistematik dan berkesan.
Advanced Data Analysis in Applied SciencesBerijazah Secara PJJ Di Malaysia Peluang, Cabaran, Ciri dan Gaya Pembelajaran Pelajar, dan Strategi Kejayaan
Top

Facebook

Twitter

YouTube