Resah manusia desa dan kota sebuah festschrift untuk Shahnon Ahmad

RM 40.80
RM 48.00
(Discount: -15.00%)
product in stock ISBN: 978-983-861-414-6
Back to: History / Humanities
Sebuah festschrift juga diterjemahkan sebagai celebratory writing.  Lazimnya istilah ini didefinisikan sebagai kompilasi yang bersifat memori  dipersembahkan dalam bentuk  koleksi esei, biografi, bibliografi, bahan saintifik atau sumbangan-sumbangan lain. Festschrift juga ialah koleksi penulisan kenangan yang ditulis oleh sahabat baik, bekas pelajar dan rakan sekerja untuk mengenang dan meraikan seseorang, institusi dan masyarakat. Buat pertama kalinya Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM mengambil inisiatif untuk mengabadikan sebuah festschrift untuk Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad, yang telah bersara dari USM. Inilah hadiah yang paling manis diabadikan kepada beliau – seorang tokoh tersohor bukan saja di rantau Nusantara tetapi juga di sebahagian besar Asia dan Eropah. Buku ini ialah himpunan tulisan berbentuk esei ilmiah yang dihasilkan oleh kenalan Shahnon, bekas anak murid Shahnon, rakan sekerja Shahnon daripada kalangan para sarjana dan ahli akademik. Tulisan sejumlah 12 bab mencakupi pelbagai perspektif yang memfokuskan kepada memori indah sepanjang mengenali Shahnon Ahmad sama ada Shahnon sebagai seorang rakan, sahabat, ketua jabatan, penyelia mahupun sebagai tenaga pengajar. Hasil tulisan mereka       telah membongkar rahsia kehidupan Shahnon yang diperincikan dalam karya-karyanya sejak tahun 1960-an hinggalah di alaf baru ini. Inilah penghargaan teristimewa untuk seorang tokoh yang pernah berbakti kepada USM dan masyarakat seluruhnya.
Reflections on Southeast Asian History Since 1945Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu: Runtuhnya Kerajaan-kerajaan Melayu Sumatera Timur pada Tahun 1946
Top

Facebook

Twitter

YouTube